Insiden perselisihan Li Ling Sima_Qian

Pada tahun 99 SM, suatu serangan dilaksanakan dalam suatu usaha meluaskan kuasa Maharaja Wu dari Han dipimpin oleh Li Guang, Wei Qing, dan Huo Quibing terhadap orang-orang Tatar yang saat itu menunjukkan keberhasilan.[5] Baginda Maharaja Wu mengarahkan cucu Li Guang, Li Ling, menemani Li Guang ke gunung Hao Lian untuk bertempur melawan puak-puak Tatar. Li Ling hanya mampu membawa 5,000 pasukan untuk mengalihkan pasukan Tatar dihadapi oleh 80.000 askar utama Tatar di bawah pimpinan Dan Yu. Li Ling kehilangan separuh kekuatan pasukannya dalam masa lapan hari namun berhasil menghancurkan lebih dari 10,000 askar Tatar. Namun, Li Ling lama-kelamaan semakin dikepung dan terpaksa menyerah diri.[3]

Perkara ini menyebabkan baginda Maharaja murka lalu menitahkan Li Ling dihukum mati; hal ini lagi diburukkan dengan adanya khabar angin palsu bahawa Li Ling berpaling tadah melatih pasukan Tatar[3] sedangkan yang melatih puak Tatar adalah Li Xu yang secara kebetulannya mempunyaii nama keluarga sama.[4] Hal ini yang menyebabkan Sima Qian yang juga teman dari Li Ling mengajukan keberatan atas keputusan maharaja dengan memberikan gambaran yang sebenarnya dalam peperangan yang berjalan tidak seimbang.[4] Bahkan Sima Qian membantah titah perintah kemaraan tentera yang diusulkan kebijakan ekspansi militer maharaja.[4] Qian berkata pada baginda:

“Li Ling hanya membawa 5000 askar tentera masuk ke daerah musuh, membasmi ribuan musuh. Biarpun beliau kalah namun beliau telah membunuh banyak musuh, masih terhitung dapat dipertanggungjawabkan kepada bumi dan langit. Bukan hanya Li Ling yang akan meninggal, tetapi pengetahuannya juga. Jika beliau diberikan kesempatan beliau pasti akan menebusnya.“[4]

Pernyataan menyanggah ini menaikkan kemurkaan Maharaja Wu lalu baginda menghukum mati Sima Qian atas protesnya.[4] Tapi pernyataan inilah yang akhirnya diingat Maharaja yang menjadi tolak ukur pertimbangannya untuk kasus-kasus lain.[4]

Pada ketika ini tahanan yang dihukum mati boleh dilepaskan dengan dua cara: sama ada dengan suatu bayaran jaminan pembebasan ataupun pengasian setelah dipenjarakan. Baik keluarga Sima mahupun kawan-kawannya terlalu miskin untuk menyediakan wang pampasan, maka Qian memutuskan agar hukumannya diringankan kepada dikasi. Keputusan ini sangat ditakuti kerana kebanyakan sarjana yang dihukum sebegini lebih rela membunuh diri kerana tidak mampu menanggung malu,[4] namun janji Qian kepada ayahnya menjadikannya tekad atas pilihannya.[1][2][3][4] Qian tetap meneruskan kerja mencatat sejarahnya meskipun dengan rasa sakitnya hukuman yang diberikan ke atasnya.